Selasa, 18 Januari 2011

TAKLIMAT PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT MURID


TARIKH : 04 JANUARI 2011
BILIK PERKEMBANGAN STAF
DISAMPAIKAN OLEH :
- En. Basri Efendi b. Masri
- Mohd Noor bin Hassim
- Mohd Borhan bin Asaari

Sistem Maklumat Murid (SMM) ialah sistem maklumat murid berkomputer.

Adalah sesuatu yang penting bagi sekolah-sekolah untuk menggunakan sistem maklumat murid berkomputer kerana dengan cara itu nama murid tidak perlu ditulis berulang-ulang kali untuk sesuatu kegunaan. Bukan itu saja, bahkan carian maklumat murid begitu pantas sekali dengan cara memasukkan sebahagian nama pada bar carian. Ini menjadikan pengurusan sekolah lebih cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak pelanggan.


Penggunaan SMM penting untuk mengesan murid layak menerima pelbagai bentuk bantuan, dijadikan rekod penerima bantuan, anggaran belanja mengurus, kes kecemasan dan analisis pembabitan.

Penggunaan aplikasi ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban guru yang terpaksa mengisi banyak borang bagi mendapatkan data murid dan pada masa sama terpaksa menjalankan tugas pengajaran serta pembelajaran di kelas.







~BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH~


Tiada ulasan: