Rabu, 28 Oktober 2009

JAMUAN DEEPARAYA RIMUP (SMKTDJ & SMKTDC)

TARIKH : 21 OKTOBER 2009
TEMPAT : KANTIN SMK TAMAN DESA JAYA
ANJURAN BERSAMA : SMK TAMAN DESA JAYA & SMK DESA CEMERLANG

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF :
1. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan para murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.

2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.

3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

4. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.





Jamuan Deeparaya KEBIRUs

TARIKH : 22 OKTOBER 2009
TEMPAT : BILIK PERKEMBANGAN STAF









Isnin, 26 Oktober 2009

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PSK 2009 - DESARU FRUIT FARM, KOTA TINGGI

Pada 22 Oktober 2009, Panitia PSK telah menganjurkan lawatan sambil belajar dan khidmat masyarakat ke Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi. Lawatan ini disertai seramai 35 pelajar tingkatan 2.

Objektif Program
1. Mengenalpasti bagaimana kebun buah di kawasan Desaru ini dilaksanakan
2. Mewujudkan idea kepada diri pelajar untuk mewujudkan kawasan buah-buahan di kawasan sekolah
3. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan sektor pertanian dan penternakan dalam sistem ekonomi negara dan sebagai peluang pekerjaan alternatif sebagai sumber pendapatan.













Perkhemahan Kemahiran Pengakap
















25 okt, seramai 28 pelajar dan 9 guru telah mengikuti program Perkhemahan Kemahiran Pengakap tahun 2009 di Teluk Gorek, Mersing, Johor. Taniah kepada pelajar yang telah menunjukkan disiplin dan kepimpinan yang tinggi di kalangan mereka. Pada masa akan datang program tersebut akan diadakan lagi yang penting dengan komitmen semua pihak terutamanya pelajar.

Objektif
1. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar supaya aktif dalam aktiviti kokurikulum
2. Memupuk semangat kerjasama secara berkumpulan selain integrasi antara kaum di kalangan pelajar.
3. Memberi pendedahan serta pengalaman kepada pelajar sebelum menyertai mana-mana pertandingan yang akan dianjurkan.
4. Memupuk amalan dan nilai murni kepimpinan dan pembinaan sahsiah di kalangan ahli pengakap dan golongan muda remaja ke arah gaya hidup dan sahsiah yang sihat, berinovatif serta berwawasan cemerlang.

Selasa, 15 September 2009

Khamis, 10 September 2009

Jumaat, 7 Ogos 2009




26-29 JUN 2009 - · Hadiah Buat Wira T`Deja Lawatan sambil belajar ke Langkawi telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang sukan sebagai pelapis kepada Pasukan SMK Taman Desa Jaya. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar supaya aktif bukan sahaja dalam akademik malah dalam aktiviti kokurikulum.Memupuk semangat kerjasama secara berkumpulan selain integrasi antara kaum di kalangan pelajar