Rabu, 28 Oktober 2009

JAMUAN DEEPARAYA RIMUP (SMKTDJ & SMKTDC)

TARIKH : 21 OKTOBER 2009
TEMPAT : KANTIN SMK TAMAN DESA JAYA
ANJURAN BERSAMA : SMK TAMAN DESA JAYA & SMK DESA CEMERLANG

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF :
1. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan para murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.

2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.

3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

4. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.





Tiada ulasan: