Isnin, 17 Januari 2011

PENDAFTARAN 2011

Sesi pendaftaran pelajar baru bagi tingkatan 1 dan peralihan telah diadakan pada 01 Januari 2011. Walaupun kerajaan mengumunkan cuti umum pada tarikh tersebut, namun demi memastikan sesi persekolah dapat bermula dengan baik, maka sesi pendaftaran tersebut telah diteruskan. Jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah melibatkan diri secara langsung ataupun tidak langsung dalam memastikan sesi pendaftaran ini dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang sabar menunggu sebelum mereka dapat mendaftarkan anak-anak mereka. Sesungguhnya muafakat membawa berkat.

Pada tahun ini SMK Taman Desa Jaya akan beroperasi dalam dua sesi. Sesi pagi akan melibatkan pelajar-pelajar
Tingkatan Dua(2RK1,2RK2),
Tingkatan 3(3RK1,3RK2,3A,3B,3C,3D,3E,3F dan 3G),
Tingkatan 4(4S,4ST,4MPV,4A,4B,4C,4D dan 4E), dan
Tingkatan 5 (5S,5ST,5MPV,5A,5B,5C dan 5D).

Sesi petang pula melibatkan
Tingkatan Peralihan (PA, PB),
Tingkatan 1 (1RK1, 1RK2,1A,1B,1C,1D dan 1E) dan
Tingkatan 2(2A,2B,2C,2D,2E,2F dan 2G).

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baru SMK Taman Desa Jaya. Selamat meneruskan pengajian untuk pelajar-pelajar yang lain. Semoga kita akan mencipta sesuatu yang lebih baik demi kecemerlangan kita bersama.
















~DISIPLIN ASAS KEJAYAAN~


Tiada ulasan: