Sabtu, 26 Februari 2011

MAJLIS PERPISAHAN MERAIKAN EN JOHAN BIN ABDUL RAHIM

Pada hari Isnin, 28 Februari 2011, pihak sekolah akan mengadakan majlis perpisahan untuk meraikan En. Johan Bin Abdul Rahim (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) yang akan berpindah ke Sekolah Menengah Sungai Tiram. Murid-murid yang ingin berjumpa dengan beliau bolehlah berbuat demikian pada hari tersebut.

Segala jasa bakti En. Johan amat dihargai dan semoga beliau akan terus cemerlang di sana.

~admin~

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

new "Penolong Kanan Hal Ehwal Murid" is En.Fazil

smktdj berkata...

En. Muhamad Fadzil Bin Abu Bakar pernah berkhidmat di sekolah ini sebagai PK Kokurikulum sebelum dinaikkan pangkat menjadi PK HEM pada bulan Februari tahun lepas. Umpama sirih pulang ke gagang.