Pada hari Sabtu, 24 Oktober 2009, Lembaga Pengawas SMKTDJ telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Melaka. Seramai enam orang guru dan 34 orang pengawas telah menyertai lawatan sehari tersebut.
Banyak tempat yang telah dilawati antaranya Butterfly Farm, Muzium Istana Sultan Melaka, Muzium Rakyat, dan A'Famosa. Semua ahli rombongan juga berkesempatan untuk menaiki River Cruise Melaka di Sungai Melaka
Jumaat, 6 November 2009
BUDAYA AL-QURAN & PENGHAYATAN MORAL
Rabu, 28 Oktober 2009
JAMUAN DEEPARAYA RIMUP (SMKTDJ & SMKTDC)
TARIKH : 21 OKTOBER 2009
TEMPAT : KANTIN SMK TAMAN DESA JAYA
ANJURAN BERSAMA : SMK TAMAN DESA JAYA & SMK DESA CEMERLANG
TEMPAT : KANTIN SMK TAMAN DESA JAYA
ANJURAN BERSAMA : SMK TAMAN DESA JAYA & SMK DESA CEMERLANG
Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
OBJEKTIF :
1. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan para murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.
2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
4. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.
Isnin, 26 Oktober 2009
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PSK 2009 - DESARU FRUIT FARM, KOTA TINGGI
Pada 22 Oktober 2009, Panitia PSK telah menganjurkan lawatan sambil belajar dan khidmat masyarakat ke Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi. Lawatan ini disertai seramai 35 pelajar tingkatan 2.
Objektif Program
1. Mengenalpasti bagaimana kebun buah di kawasan Desaru ini dilaksanakan
2. Mewujudkan idea kepada diri pelajar untuk mewujudkan kawasan buah-buahan di kawasan sekolah
3. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan sektor pertanian dan penternakan dalam sistem ekonomi negara dan sebagai peluang pekerjaan alternatif sebagai sumber pendapatan.
Objektif Program
1. Mengenalpasti bagaimana kebun buah di kawasan Desaru ini dilaksanakan
2. Mewujudkan idea kepada diri pelajar untuk mewujudkan kawasan buah-buahan di kawasan sekolah
3. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan sektor pertanian dan penternakan dalam sistem ekonomi negara dan sebagai peluang pekerjaan alternatif sebagai sumber pendapatan.
Perkhemahan Kemahiran Pengakap
25 okt, seramai 28 pelajar dan 9 guru telah mengikuti program Perkhemahan Kemahiran Pengakap tahun 2009 di Teluk Gorek, Mersing, Johor. Taniah kepada pelajar yang telah menunjukkan disiplin dan kepimpinan yang tinggi di kalangan mereka. Pada masa akan datang program tersebut akan diadakan lagi yang penting dengan komitmen semua pihak terutamanya pelajar.
Objektif
1. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar supaya aktif dalam aktiviti kokurikulum
2. Memupuk semangat kerjasama secara berkumpulan selain integrasi antara kaum di kalangan pelajar.
3. Memberi pendedahan serta pengalaman kepada pelajar sebelum menyertai mana-mana pertandingan yang akan dianjurkan.
4. Memupuk amalan dan nilai murni kepimpinan dan pembinaan sahsiah di kalangan ahli pengakap dan golongan muda remaja ke arah gaya hidup dan sahsiah yang sihat, berinovatif serta berwawasan cemerlang.
Selasa, 15 September 2009
Khamis, 10 September 2009
Jumaat, 7 Ogos 2009
26-29 JUN 2009 - · Hadiah Buat Wira T`Deja Lawatan sambil belajar ke Langkawi telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang sukan sebagai pelapis kepada Pasukan SMK Taman Desa Jaya. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar supaya aktif bukan sahaja dalam akademik malah dalam aktiviti kokurikulum.Memupuk semangat kerjasama secara berkumpulan selain integrasi antara kaum di kalangan pelajar
Langgan:
Catatan (Atom)