Isnin, 28 Februari 2011

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT, MINGGU ANTIDADAH & ROKOK


TARIKH : 28 Februari - 4 Mac 2011

OBJEKTIF PROGRAM :
  1. Melahirkan pelajar yang mempunyai matlamat hidup yang jelas
  2. Meningkatkan jati diri pelajar
  3. Membina kesedaran kepada pelajar bahawa jenayah, dadah dan rokok boleh memberi kesan buruk yang amat besar dalam kehidupan mereka.
  4. Memberi maklumat berkaitan langkah-langkah awal supaya pelajar tidak terlibat dengan jenayah, dadah dan merokok.
  5. Memupuk sikap benci jenayah, dadah dan rokok serta membina keyakinan bahawa kehidupan akan sihat tanpa dadah dan rokok.
  6. Membantu pelajar berhenti merokok, menjauhi dadah dan jenayah.
  7. Mempertingkat sahsiah diri agar mampu menjalani kehidupan yang lebih disenangi oleh masyarkat sekeliling.
Aktiviti :
  1. Majlis Perasmian Program Sekolah Selamat, Minggu Antidadah & Rokok
  2. 5 Minit Antidadah
  3. Pameran daripada Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pihak Polis, Jabatan Penjara & Pejabat Kesihatan
  4. Pertandingan sajak, melukis poster dan buku skrap



Sabtu, 26 Februari 2011

Panorama Sekitar Larian Perdana Mahkota & Pelancaran 1 Murid 1 Sukan

Tarikh : 12 Februari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 10.30 pagi
Pelancaran 1M1S oleh:
Hajah Norlia Bt. Kayat (Pengetua SMK Taman Desa Jaya)
______________________________________________________________________
















MAJLIS PERPISAHAN MERAIKAN EN JOHAN BIN ABDUL RAHIM

Pada hari Isnin, 28 Februari 2011, pihak sekolah akan mengadakan majlis perpisahan untuk meraikan En. Johan Bin Abdul Rahim (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) yang akan berpindah ke Sekolah Menengah Sungai Tiram. Murid-murid yang ingin berjumpa dengan beliau bolehlah berbuat demikian pada hari tersebut.

Segala jasa bakti En. Johan amat dihargai dan semoga beliau akan terus cemerlang di sana.

~admin~