Selasa, 18 Januari 2011

TAKLIMAT PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT MURID


TARIKH : 04 JANUARI 2011
BILIK PERKEMBANGAN STAF
DISAMPAIKAN OLEH :
- En. Basri Efendi b. Masri
- Mohd Noor bin Hassim
- Mohd Borhan bin Asaari

Sistem Maklumat Murid (SMM) ialah sistem maklumat murid berkomputer.

Adalah sesuatu yang penting bagi sekolah-sekolah untuk menggunakan sistem maklumat murid berkomputer kerana dengan cara itu nama murid tidak perlu ditulis berulang-ulang kali untuk sesuatu kegunaan. Bukan itu saja, bahkan carian maklumat murid begitu pantas sekali dengan cara memasukkan sebahagian nama pada bar carian. Ini menjadikan pengurusan sekolah lebih cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak pelanggan.


Penggunaan SMM penting untuk mengesan murid layak menerima pelbagai bentuk bantuan, dijadikan rekod penerima bantuan, anggaran belanja mengurus, kes kecemasan dan analisis pembabitan.

Penggunaan aplikasi ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban guru yang terpaksa mengisi banyak borang bagi mendapatkan data murid dan pada masa sama terpaksa menjalankan tugas pengajaran serta pembelajaran di kelas.







~BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH~


Isnin, 17 Januari 2011

PENDAFTARAN 2011

Sesi pendaftaran pelajar baru bagi tingkatan 1 dan peralihan telah diadakan pada 01 Januari 2011. Walaupun kerajaan mengumunkan cuti umum pada tarikh tersebut, namun demi memastikan sesi persekolah dapat bermula dengan baik, maka sesi pendaftaran tersebut telah diteruskan. Jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah melibatkan diri secara langsung ataupun tidak langsung dalam memastikan sesi pendaftaran ini dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang sabar menunggu sebelum mereka dapat mendaftarkan anak-anak mereka. Sesungguhnya muafakat membawa berkat.

Pada tahun ini SMK Taman Desa Jaya akan beroperasi dalam dua sesi. Sesi pagi akan melibatkan pelajar-pelajar
Tingkatan Dua(2RK1,2RK2),
Tingkatan 3(3RK1,3RK2,3A,3B,3C,3D,3E,3F dan 3G),
Tingkatan 4(4S,4ST,4MPV,4A,4B,4C,4D dan 4E), dan
Tingkatan 5 (5S,5ST,5MPV,5A,5B,5C dan 5D).

Sesi petang pula melibatkan
Tingkatan Peralihan (PA, PB),
Tingkatan 1 (1RK1, 1RK2,1A,1B,1C,1D dan 1E) dan
Tingkatan 2(2A,2B,2C,2D,2E,2F dan 2G).

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baru SMK Taman Desa Jaya. Selamat meneruskan pengajian untuk pelajar-pelajar yang lain. Semoga kita akan mencipta sesuatu yang lebih baik demi kecemerlangan kita bersama.
















~DISIPLIN ASAS KEJAYAAN~


Ahad, 16 Januari 2011

Takwim Sekolah 2011

JANUARI
03 - Permulaan Persekolahan Penggal 1
05 - Mesyuarat Ketua-Ketua Rumah Bersama PK HEM & PK KOKO
06 - Mesyuarat AJK Disiplin bersama Pengetua
11 - Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
17 - Permulaan Latihan Rumah Sukan
20 - Cuti Umum Sempena Hari Thaipusam
25 - Mesyuarat Kokurikulum


FEBRUARI
02 - Cuti Peristiwa sempena Tahun Baru Cina
03&04 - Cuti Tahun Baru Cina
08 - Mesyuarat Ketua-Ketua Panitia
12 - Larian Mahkota Perdana
15 - Cuti Sempena Maulidur Rasul
16-18 - Pusingan Kelayakan Sukan Tahunan Sekolah
21-23 - Acara-acara sebelum sukan

MAC
05 - Majlis Maulidur Rasul peringkat Sekolah
12-20 - Cuti Pertengahan Penggal 1
22-24 - Acara Balapan & Padang peringkat MSSD
26 - Mesyuarat Agung PIBG & Majlis Anugerah Cemerlang
28-31 - Ujian Bulanan Pertama

APRIL
08 - Penyemakan Slip-Slip Peperiksaan
09 - Mesyuarat Panitia
11 - Latihan Dalam Perkhidmatan
11-13 - Kejohanan Futsal Antara Kelas
23 - Latihan Dalam Perkhidmatan

MEI
01 - Cuti Umum sempena Hari Pekerja
02 - Cuti ganti sempena Hari Pekerja
16 - Hari Guru Peringkat Sekolah
17 - Cuti Sempena Hari Wesak
18-26 - Peperiksaan Pertengahan Tahun

JUN
20 - Penyemakan Slip-Slip Peperiksaan
25 - Hari terbuka dan Hari Keusahawanan
30 - Sukan Tahunan

JULAI
04-08 - Ujian Bulanan Kedua
19 - Audit Akademik Mesyuarat Ketua Panitia
23 - Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran

OGOS
01 - Cuti Awal Ramadhan
27 - Permulaan Cuti Pertengahan Penggal ke-2
30&31 - Cuti Hari Raya Puasa / Hari Kebangsaan

SEPTEMBER
01 - Cuti Ganti Hari Kebangsaan
05 - Permulaan Persekolahan Sesi Pertengahan Penggal ke-2
16 - Hari Malaysia
20 - Mesyuarat Ketua Panitia
24 - Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran

OKTOBER
03-07 - Peperiksaan PMR
11 - Permulaan Peperiksaan Akhir Tahun
25 - Cuti Peristiwa sempena Deepavali
26 - Cuti Sempena Hari Deepavali

NOVEMBER
06 - Cuti Hari Raya Haji
07 - Cuti Ganti sempena Hari Raya Haji
19 - Permulaan cuti Akhir Tahun
22 - Hari Keputeraan Sultan Johor
23 - Permulaan SPM

DISEMBER
22 - Mesyuarat Pengurusan 2012
25 - Cuti Hari Krismas
26 - Cuti Ganti Hari Krismas
27 - Mesyuarat Guru 1
28 - Mesyuarat Guru 2
29 - Masyuarat Panitia
30 - Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2012

Tarikh Tertakluk kepada Perubahan